Tuesday, January 29, 2013

Temerloh, Jengka & Lepar..tempat practical paling "scary"

Lebih kurang 5 tahun yang lepas kami berlapan pernah menjadi pelajar practical di PUSAT PENYELIDIKAN TUN RAZAK (FELDA HOLDINGS) selama 3 bulan. Entry kali ni bukan berkaitan pasal kerja/praktikal, tetapi lebih kepada pengalaman berada di Temerloh, Jengka serta Lepar.


Dari kiri : Paeh, Pojie, Luqman, Yan, Hasz, Korie, aku & Sam
(Perkampungan Orang Asli di Kota Gelangi)

Sebab utama aku buat entri ini adalah :-

Aku rasa jodoh aku dgn kwsn ni kurang menggembirakan la. Time aku dtg ade je la nak jadi. Bertabahlah 2 hari je lagi.

 yeszaa lbh kurg cite cm dulu cuma tak brp panas sgt la.tp bengang la gk.aku ok.klu ko nk kol mlm2 la.digi je ade line.maxis xd."

Kisah 5 tahun lalu?????Ya Allah Ya Allah...apela salah kami.

Untuk pengetahuan, sepanjang 3 bulan berada di sana macam macam perkara terjadi.
Bulan pertama kami di tempatkan di Kota Gelangi, bulan kedua di Lepar 9 dan bulan ketiga kami kembali ke Kota Gelangi.

Bab praktikal memang plg tak best la..kerja macam kuli batak. kena buat survey, pergi rumah ke rumah utk dapatkan feedback felda stakeholder.

Ini salah satu lawatan untuk mengukur darjah pencemaran yang dikeluarkan oleh kilang tersebut.
( nampak jer ok...bila kami pulang asap tu jadi hitam)
*ewah2 gambar sam sbb curik gambar ni dari acc fb die

Nak dijadikan cerita, kami diberi dua buah rumah. Sebuah untuk lelaki dan sebuah untuk perampuan. Disebabkan lelaki kurang/malas memasak, maka dapur, makanan serta pinggan mangkuk sume berada dirumah perempuan. Pagi pagi kami yang perempuan ni bangun buatkan breakfast. Menu biasa adalah nasi goreng..bayangkan tyme tu umur baru 22 tahun kot..dah kena prepared makanan untuk kawan kawan lelaki. Memang mencabar, sebab kami bertiga bukan la pandai memasak. Masak pun main campak2..tapi boleh makan. Tgh hari kami makan di kedai...manakala malam kami masak. So, apabila sume benda berada di rumah perempuan, yang lelaki lelaki ni kena la datang rumah kami. Rajin pulak la kami nak pergi hantar ke rumah mereka. Setiap hari rutin kami mcm ni.

Selain survey..kami kena evaluate biodiversiti ikan. sebab perlu tentukan kualiti air di sekitar kawasan kelapa sawit. selepas tangkap kami bawa balik, masak dan makan. har har har. freshh punye ikan. sedap!!!

Setelah sebulan berada disana, terdengar suara2 'sumbang' yang tidak berpuashati dengan pergaulan kami berlapan. kebanyakkan jiran-jiran yang bergelar makcik. walaupun sudah diberitahu bahawa kami ni student praktikal dan kami kongsi beli barang2 untuk masak serta akan makan bersama. mulut mulut macam longkang tetap ada. Perkara ini sampai ke ofis...sejak dari tu kami, hari2 makan dikedai. tetapi..kami bukan la org kaya nk mkn di kedai setiap hari dgn lauk yang tak sedap (gula garam sume tak rasa). kami mengambil keputusan untuk teruskan rutin seperti selalu. pada kami, itu bukan perkara yang salah...dan kami tahu batasan antara lelaki dan perempuan. lagi satu, semua lelaki lekai yag ada, adalah ustaz - ustaz yag boleh bagi tazkirah agama dan tak pernah tinggal sembahyang. so ape masalahnya????

TETAPI pada suatu malam, lebih kurang pukul 2 pagi kalau aku tak silap. tetibe aku terdengar orang mengetuk pintu rumah. dlm keadaan blurrr aku gerak yan dan hasz. Takut juga kalau ada apa apa yang berlaku. kami mengintai dari tingkap dan kami dapati beberapa orang polis bantuan berada didepan rumah. Sebelum membuka pintu, hasz sempat menghubungi kawan-kawan lelaki supaya meraka datang ke rumah. Selepas beberapa kali polis bantuan mengetuk pintu rumah, aku mengambil keputusan membuka pintu. Sebelum sempat bertanya, salah seorang dari mereka melulu masuk ke rumah seperti mencari sesuatu. 

Setelah anggota polis bantuan tersebut selesai..aku bertanyer, kenapa encik menggeledah rumah kami malam malam begini?

En. Polis : kami mendapat laporan bahawa ada lelaki tido didalam rumah ni.
Kami : haaa...kami bertiga je encik. mana encik dapat laporan ini??
En. Polis : Kami geledah tak jumpe..xpe la. kamu boleh sambung tido.

pada waktu yang sama, kawan kawan lelaki pun sampai. dan kami ceritakan perkara yang terjadi. salah seorang telah memberi cadangan supaya membuat laporan polis kerana mereka telah meredah masuk tanpa keizinan. jika mereka mahu 'tangkap' pun harus la membawa imam masjid/surau. salah satu prosedure untuk menangkap. So untuk menyelamatkan maruah, kami akan membuat laporan di balai polis berhampiran. dan paling teruk...kami terpaksa ke balai polis temerloh yang mengambil masa selama satu jam. setelah membuat laporan polis, kami diberitahu bahawa, anggota yang menyerbu rumah kami akan tampil membuat laporan juga. tetapi sampai ke petang seorang pun tak datang. 

kami lagi sekali mengambil tindakan untuk membuat laporan kepada pihak keselamatan universiti supaya dapat selesaikan masalah tersebut. apa yang kami perlu, nama kami dibersihkan dari masalah tersebut dan kami meminta anggota polis tersebut meminta maaf secara terbuka. then, baru kami akan tarik semula laporan tersebut. *kadang kadang kite kena buat begini..mungkin mereka menganggap kami masih budak2 dan tidak sangka kami akan membuat laporan polis!! SALAH BESAR lettew..hehhe

Selepas perbincangan anggota polis temerloh, anggota polis bantuan felda seta anggota keselamatan Universiti, pihak bertanggungjwab memohon maaf kepada kami. tapi muka masam dan tak berpuas hati. dan yang paling penting kami puas dan laporan tersebut telah ditarik semula.

so, kali ni terjadi lagi pada YAN. yeahh..memang aku emo dgn penduduk di kota gelangi dan lepar. Watch ur mouth!!!!! pemikiran sgt sempit/ mulut macam longkang. nak ke kami pasang logo UM. kami buat research kot..cube fikir yang positif sket!! grrr

lagi satu kenangan di sana!!

 Cermin kete pecah kena mesin rumput..dan radiator kete rosak...penat menolak kete. hehehe papepun, inilah nilai sahabat disaat susah dan senang. mereka ada disisi :)


P/s: harap orang orang temerloh jengka dan lepar tak marah. tapi tempat ini memberi gambaran yang buruk kepada kami.

No comments:

Post a Comment