Thursday, January 3, 2013

DIA

DIA seorang yang aktif bersukan sehingga mewakili negeri. Apa saja acara kat padang semua DIA nak cuba. yeahh DIA dikenali bukan kerana akademik lebih lebih lagi menyanyi , memasak ataupun menari. Memang GAGAL tahap max :) Tapi DIA tahu ape yang DIA buat. DIA buat ape yang DIA suka. Bila mula darjah 6, DIA dipaksa pergi ke pusat tuisyen. DIA degil..bila sampai di kelas nak balik awal sebab nak main. Geleng Geleng kepala ibunya. dan banyak lagi kisah hidup DIA. Yang pasti DIA sgt kental dengan istilah cinta (topik sebenar kisah DIA)

Sehingga DIA mengenali kamu...pada mulanya sekadar menegur siapa "engkau". Tetapi pada satu hari DIA sangat impressed terhadap kamu. Kamu sangat bijak jika dibandingkan dengan DIA walaupun level education berbeza. kamu dapat penyelesaikan satu soalan..yeah kamu dapat selesaikan tahniah. Kamu telah menyedarkan DIA dlm banyak perkara. Setiap hari DIA dan kamu bertanya khabar sehingga menjadi rutin. DIA hanya berbual kosong sambil menyiapkan "kerja"..kadangkala ada jugak terselit drama drama korea dan juga sukan. yeah DIA gembira berbual walaupun tidak berjumpa. Tapi masa terlalu pantas untuk DIA kejar memberi seribu makna dan kenangan. Namun DIA tidak berharap apa apa kerana kamu tidak pernah memberi sebarang harapan. DIA senang begitu hanya sekadar kawan.

Suatu hari DIA menerima "utusan" supaya tidak rapat dengan kamu. DIA hanya ketawa dan tidak membalas "utusan" tersebut. DIA anggap ada seseorang yang jeles dan selagi kamu memberi respon seperti biasa maka  tiada ape yang perlu dibesarkan. DIA bukan seorang yang suka bermusah..DIA punya ramai kawan. Tetapi beberapa bulan selepas itu, DIA menerima "utusan" sekali lagi. Walaupun nama berbeza, tapi DIA dapat rasakan orang yang sama. DIA tidak ada masalah cume perkataan yang diutuskan sedikit sebanyak mengguris perasaan DIA. DIA menangis tetapi DIA tetap bertabah kerana ada beberapa perkara lagi penting untuk DIA siapkan. Pada masa yang sama DIA sukar berkomunikasi dengan kamu. Apabila DIA bersedia berbincang, kamu pula tidak. Dan akhirnya DIA menyambil keputusan mendelete semua perkara yang berkaitan dengan kamu. Yeah mungkin DIA mengambil tindakan yang agak terburu buru, tapi setiap kali membaca "utusan" tersebut air mata DIA mengalir.

Kemudian DIA "menghantar" sesuatu yang menyebabkan air mata mengalir deras. yeahh..ini yang terakhir. Pelbagai rasa yang tak terungkap. DIA tahu status itu tersebut untuk DIA. Lebih sedih bila kamu update status ditwitter pada hari pertama di tahun baru..DIA menangis sambil makan...tak tahu nak react mcm mana.

Kalau boleh DIA ingin bertanya khabar, share cerita dengan kamu...tapi DIA tak mampu melakukan. DIA risau DIA akan 'sakit'.

Kini DIA harus tabah..tabah untuk membina kerjaya. tahniah DIA sudah menamatkan pengajian dan besar kemungkinan DIA akan menyambung ke luar negara. doakan kejayaan DIA. DIA berharap suatu hari nanti..................

No comments:

Post a Comment