Tuesday, January 29, 2013

Rutin 1

Harini mak meeting pagi..maka terpaksa mengambil alih tugasnye di rumah..

Lepas je solat subuh (6.45 dah cerah punn), siap2 terus pergi ke pasar. sampai kat pasar baru fikir nak masak ape..haha. stay dlm kete n listkan barang yang nak dibeli.

1. ayam
2. ikan
3. sayur
4. daun celery
5. halia
6. tomato
7. cili padi
8. bawang polland
9. santan

ok cukup...menunye?? heheeee

settle sume barang untuk masak, balik rumah terus basuh pinggan, masak nasi, sapu rumah, kutip dan basuh baju. kemudian baru selesa nak potong ikan sayur segala bagai. 



Temerloh, Jengka & Lepar..tempat practical paling "scary"

Lebih kurang 5 tahun yang lepas kami berlapan pernah menjadi pelajar practical di PUSAT PENYELIDIKAN TUN RAZAK (FELDA HOLDINGS) selama 3 bulan. Entry kali ni bukan berkaitan pasal kerja/praktikal, tetapi lebih kepada pengalaman berada di Temerloh, Jengka serta Lepar.


Dari kiri : Paeh, Pojie, Luqman, Yan, Hasz, Korie, aku & Sam
(Perkampungan Orang Asli di Kota Gelangi)

Sebab utama aku buat entri ini adalah :-

Aku rasa jodoh aku dgn kwsn ni kurang menggembirakan la. Time aku dtg ade je la nak jadi. Bertabahlah 2 hari je lagi.

 yeszaa lbh kurg cite cm dulu cuma tak brp panas sgt la.tp bengang la gk.aku ok.klu ko nk kol mlm2 la.digi je ade line.maxis xd."

Kisah 5 tahun lalu?????Ya Allah Ya Allah...apela salah kami.

Untuk pengetahuan, sepanjang 3 bulan berada di sana macam macam perkara terjadi.
Bulan pertama kami di tempatkan di Kota Gelangi, bulan kedua di Lepar 9 dan bulan ketiga kami kembali ke Kota Gelangi.

Bab praktikal memang plg tak best la..kerja macam kuli batak. kena buat survey, pergi rumah ke rumah utk dapatkan feedback felda stakeholder.

Ini salah satu lawatan untuk mengukur darjah pencemaran yang dikeluarkan oleh kilang tersebut.
( nampak jer ok...bila kami pulang asap tu jadi hitam)
*ewah2 gambar sam sbb curik gambar ni dari acc fb die

Nak dijadikan cerita, kami diberi dua buah rumah. Sebuah untuk lelaki dan sebuah untuk perampuan. Disebabkan lelaki kurang/malas memasak, maka dapur, makanan serta pinggan mangkuk sume berada dirumah perempuan. Pagi pagi kami yang perempuan ni bangun buatkan breakfast. Menu biasa adalah nasi goreng..bayangkan tyme tu umur baru 22 tahun kot..dah kena prepared makanan untuk kawan kawan lelaki. Memang mencabar, sebab kami bertiga bukan la pandai memasak. Masak pun main campak2..tapi boleh makan. Tgh hari kami makan di kedai...manakala malam kami masak. So, apabila sume benda berada di rumah perempuan, yang lelaki lelaki ni kena la datang rumah kami. Rajin pulak la kami nak pergi hantar ke rumah mereka. Setiap hari rutin kami mcm ni.

Selain survey..kami kena evaluate biodiversiti ikan. sebab perlu tentukan kualiti air di sekitar kawasan kelapa sawit. selepas tangkap kami bawa balik, masak dan makan. har har har. freshh punye ikan. sedap!!!

Setelah sebulan berada disana, terdengar suara2 'sumbang' yang tidak berpuashati dengan pergaulan kami berlapan. kebanyakkan jiran-jiran yang bergelar makcik. walaupun sudah diberitahu bahawa kami ni student praktikal dan kami kongsi beli barang2 untuk masak serta akan makan bersama. mulut mulut macam longkang tetap ada. Perkara ini sampai ke ofis...sejak dari tu kami, hari2 makan dikedai. tetapi..kami bukan la org kaya nk mkn di kedai setiap hari dgn lauk yang tak sedap (gula garam sume tak rasa). kami mengambil keputusan untuk teruskan rutin seperti selalu. pada kami, itu bukan perkara yang salah...dan kami tahu batasan antara lelaki dan perempuan. lagi satu, semua lelaki lekai yag ada, adalah ustaz - ustaz yag boleh bagi tazkirah agama dan tak pernah tinggal sembahyang. so ape masalahnya????

TETAPI pada suatu malam, lebih kurang pukul 2 pagi kalau aku tak silap. tetibe aku terdengar orang mengetuk pintu rumah. dlm keadaan blurrr aku gerak yan dan hasz. Takut juga kalau ada apa apa yang berlaku. kami mengintai dari tingkap dan kami dapati beberapa orang polis bantuan berada didepan rumah. Sebelum membuka pintu, hasz sempat menghubungi kawan-kawan lelaki supaya meraka datang ke rumah. Selepas beberapa kali polis bantuan mengetuk pintu rumah, aku mengambil keputusan membuka pintu. Sebelum sempat bertanya, salah seorang dari mereka melulu masuk ke rumah seperti mencari sesuatu. 

Setelah anggota polis bantuan tersebut selesai..aku bertanyer, kenapa encik menggeledah rumah kami malam malam begini?

En. Polis : kami mendapat laporan bahawa ada lelaki tido didalam rumah ni.
Kami : haaa...kami bertiga je encik. mana encik dapat laporan ini??
En. Polis : Kami geledah tak jumpe..xpe la. kamu boleh sambung tido.

pada waktu yang sama, kawan kawan lelaki pun sampai. dan kami ceritakan perkara yang terjadi. salah seorang telah memberi cadangan supaya membuat laporan polis kerana mereka telah meredah masuk tanpa keizinan. jika mereka mahu 'tangkap' pun harus la membawa imam masjid/surau. salah satu prosedure untuk menangkap. So untuk menyelamatkan maruah, kami akan membuat laporan di balai polis berhampiran. dan paling teruk...kami terpaksa ke balai polis temerloh yang mengambil masa selama satu jam. setelah membuat laporan polis, kami diberitahu bahawa, anggota yang menyerbu rumah kami akan tampil membuat laporan juga. tetapi sampai ke petang seorang pun tak datang. 

kami lagi sekali mengambil tindakan untuk membuat laporan kepada pihak keselamatan universiti supaya dapat selesaikan masalah tersebut. apa yang kami perlu, nama kami dibersihkan dari masalah tersebut dan kami meminta anggota polis tersebut meminta maaf secara terbuka. then, baru kami akan tarik semula laporan tersebut. *kadang kadang kite kena buat begini..mungkin mereka menganggap kami masih budak2 dan tidak sangka kami akan membuat laporan polis!! SALAH BESAR lettew..hehhe

Selepas perbincangan anggota polis temerloh, anggota polis bantuan felda seta anggota keselamatan Universiti, pihak bertanggungjwab memohon maaf kepada kami. tapi muka masam dan tak berpuas hati. dan yang paling penting kami puas dan laporan tersebut telah ditarik semula.

so, kali ni terjadi lagi pada YAN. yeahh..memang aku emo dgn penduduk di kota gelangi dan lepar. Watch ur mouth!!!!! pemikiran sgt sempit/ mulut macam longkang. nak ke kami pasang logo UM. kami buat research kot..cube fikir yang positif sket!! grrr

lagi satu kenangan di sana!!

 Cermin kete pecah kena mesin rumput..dan radiator kete rosak...penat menolak kete. hehehe papepun, inilah nilai sahabat disaat susah dan senang. mereka ada disisi :)


P/s: harap orang orang temerloh jengka dan lepar tak marah. tapi tempat ini memberi gambaran yang buruk kepada kami.

Monday, January 28, 2013

heartstrings

sekarang pukul 1 pagi..mata tak boleh lelap, badan teramat la letih.

heartstrings..sepatutnya dah tengok cite ni dari dulu. uwaaa best sgt...sedikit sebanyak cite ni ber'kaitan'. bengkak mata melayan cite ni...yong hwa sgt hensem :)

ahh bukan takat drama korea...drama melayu petang petang tu pun  boleh nangis. ok sekarang sgt sensitip. dok sorg pun boleh nangis. haihhh...mengarut betul air mata nk meleleh.

Ada tak cadangan supaya air mata tak kluar??? tolong tolong saya dah penat dgn keadaan sekarang!!

Thursday, January 24, 2013

Bowling Centre at Manjung

Haritu ada gi main bowling di Manjung. tempatnnyer macam horror sket..dlm ok but tandas grrrr~ ~

 Ni la kawasan pusat bowling Manjung...see, tak byk kereta pun. huhu. Sarah dan Zulaiza (both my ex-schoolmate)

Ok...lihat saja kaki..beza beno tingginyer. hehehe

 sebelum masuk kena menunggu...ramai jugak yang berbaris. seb baik kami dah booking awal2.

 hahaha...sbb dah lama. sgt2 lama. teruk giler kan. hehehehe

my ex schoolmate ckp, saya dah kurus. ye laa turun 3 kg. and now 52 jer. opps
bak kata shahir, derita makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah. hahaha

right after main bowling ada pule yang blanjer KFC...kemudian gi beli hasil laut di lumut. hah mmg tak der keje ler kamii. 

Friday, January 18, 2013

LANGKAWI TRIP

Setelah beberapa bulan perancangan gathering geng lagho, inilah hasilnya...hanya 15 orang sahaja yang join trip kali ini. Yang lain memberi pelbagai alasan..ada yang tak leh nak terima langsung!!

1. Shima & pasangan
2. Angah
3. Effa
4. Suhaila
5. Mael
6. Wan Daud & pasangan
7. Apizz & pasangan
8. Ain & pasangan
9. Kucai & Pasangan
10. Raihan

Harap2 trip kali ni meriah..kena pastikan wan daud mandi tepung mlm birthday die. haa

MENTARI


Dedicated to Mr. S :)

Tuesday, January 15, 2013

Damn its TRUE

 is when someone makes you feel special, then suddenly leaves you hanging, and you have to act like you don't care at all.

Monday, January 14, 2013

Long tyme no see

omG..Omg...Syafiq nak balik Malaysia!!! hahahahaa..


gembira?
overexcited?
berdebar debar?
cuak??

macam macam rasa ada sbb da lama gilerrr xjumpe :p




Wednesday, January 9, 2013

WAHAI LANGKAWI

Huh pening memikior pasei trips holiday geng lagho ni..macam macam masalah!! Kome ingat keme ni idok ader keroje lain???? teman nak p vietnam lusa..pehtu nak settlekan visa belajar..siapkan proposal lagi.
STRESSS!! Tolong la bg komitmen...waktu bincang nak tempat jauh2. Ini baru dlm msia...kalau luar cnfrm lagi byk hal..




Tuesday, January 8, 2013

TERIMA KASIH

Selamat pagi semua....

Bangun terus check result...wooo having a great day!! I got A. Rasa nak lompat lompat atas katil kerana segala usaha selama ini berhasil. Tunggu konvo lepas raya :) dengan itu, saya berbesar hati mengucapkan ribuan TERIMA KASIH tidak terhingga kepada mereka yang telah banyak membantu secara langsung atau tidak. TERIMA KASIH TERIMA KASIH!!!!!!

1. Prof Shaharin Ibrahim (UPM)
2. Dr. Hafizan Juahir (UPM)
3. Prof Shamsuddin (UTM)
4. Mr. Rahimi (DID)
5. Madam Raha (NRE)
6. Rakan-rakan - Nurul Atikah Abu Bakar, Mohd Shamser Jamaldeen, Mohd Ridzuan Daud, Noorul Ezyan  Norhashim, Azwan Mustapha dan Mohammad Shafiq Mezan :)



Sunday, January 6, 2013

PARAH

Parah...

kenape aku asyik nak marah tak tentu pasal jer even benda2 yang kecik :((

Thursday, January 3, 2013

DIA

DIA seorang yang aktif bersukan sehingga mewakili negeri. Apa saja acara kat padang semua DIA nak cuba. yeahh DIA dikenali bukan kerana akademik lebih lebih lagi menyanyi , memasak ataupun menari. Memang GAGAL tahap max :) Tapi DIA tahu ape yang DIA buat. DIA buat ape yang DIA suka. Bila mula darjah 6, DIA dipaksa pergi ke pusat tuisyen. DIA degil..bila sampai di kelas nak balik awal sebab nak main. Geleng Geleng kepala ibunya. dan banyak lagi kisah hidup DIA. Yang pasti DIA sgt kental dengan istilah cinta (topik sebenar kisah DIA)

Sehingga DIA mengenali kamu...pada mulanya sekadar menegur siapa "engkau". Tetapi pada satu hari DIA sangat impressed terhadap kamu. Kamu sangat bijak jika dibandingkan dengan DIA walaupun level education berbeza. kamu dapat penyelesaikan satu soalan..yeah kamu dapat selesaikan tahniah. Kamu telah menyedarkan DIA dlm banyak perkara. Setiap hari DIA dan kamu bertanya khabar sehingga menjadi rutin. DIA hanya berbual kosong sambil menyiapkan "kerja"..kadangkala ada jugak terselit drama drama korea dan juga sukan. yeah DIA gembira berbual walaupun tidak berjumpa. Tapi masa terlalu pantas untuk DIA kejar memberi seribu makna dan kenangan. Namun DIA tidak berharap apa apa kerana kamu tidak pernah memberi sebarang harapan. DIA senang begitu hanya sekadar kawan.

Suatu hari DIA menerima "utusan" supaya tidak rapat dengan kamu. DIA hanya ketawa dan tidak membalas "utusan" tersebut. DIA anggap ada seseorang yang jeles dan selagi kamu memberi respon seperti biasa maka  tiada ape yang perlu dibesarkan. DIA bukan seorang yang suka bermusah..DIA punya ramai kawan. Tetapi beberapa bulan selepas itu, DIA menerima "utusan" sekali lagi. Walaupun nama berbeza, tapi DIA dapat rasakan orang yang sama. DIA tidak ada masalah cume perkataan yang diutuskan sedikit sebanyak mengguris perasaan DIA. DIA menangis tetapi DIA tetap bertabah kerana ada beberapa perkara lagi penting untuk DIA siapkan. Pada masa yang sama DIA sukar berkomunikasi dengan kamu. Apabila DIA bersedia berbincang, kamu pula tidak. Dan akhirnya DIA menyambil keputusan mendelete semua perkara yang berkaitan dengan kamu. Yeah mungkin DIA mengambil tindakan yang agak terburu buru, tapi setiap kali membaca "utusan" tersebut air mata DIA mengalir.

Kemudian DIA "menghantar" sesuatu yang menyebabkan air mata mengalir deras. yeahh..ini yang terakhir. Pelbagai rasa yang tak terungkap. DIA tahu status itu tersebut untuk DIA. Lebih sedih bila kamu update status ditwitter pada hari pertama di tahun baru..DIA menangis sambil makan...tak tahu nak react mcm mana.

Kalau boleh DIA ingin bertanya khabar, share cerita dengan kamu...tapi DIA tak mampu melakukan. DIA risau DIA akan 'sakit'.

Kini DIA harus tabah..tabah untuk membina kerjaya. tahniah DIA sudah menamatkan pengajian dan besar kemungkinan DIA akan menyambung ke luar negara. doakan kejayaan DIA. DIA berharap suatu hari nanti..................

JAUH

Hii..skrg saya berada di Brisbane, Australia :)  18.04 waktu tempatan tapi kat Malaysia matahari terik lagi kot. Sementara tunggu mkn malam..lepak je la kat hotel. Mak pule tengah  berborak dgn kawan2 die kat bawah. Penat berjalan sehari..nanti saya upload gambar