Tuesday, August 16, 2011

Iftar Ramadhan Geng Lagho 2011

EloOo..last jumaat, satu perjumpaan Geng Lagho telah diadakan di kediaman Roslan. Meriah sangat bila ramai yang ada dan dapat berikan kerjasama. Iftar Ramadhan Lagho 2011

Layankan beberapa keping gambar yang telah diambil :)

haa..ini dia juadah berbuka pada hari tersebut...bukan mudah nak beli semua, kena berhempas pulas redah ribut di bazaar ramadhan presint 2, putrajaya.


Diantara rakan-rakan yang hadir kamarul, eyena, angah, mai, wanis, kande, aizol, ayen + tunang, anep, ijai, wan daud, muzamil, lan dan aku ler...ngeh ngeh!!

best-best...dengan harapan yang menggunung berharap rakan-rakan yang berada di Kuala Lumpur akan buat Open House untuk raya pule...lalalla.

Ribuan terima kasih buat Roslan dan housematenyer(aizol) kerana menyediakan penginapan dan tempat berbuka untuk kami. thanks again!!


Tuesday, August 9, 2011

Perkara yang orang tidak tahu semasa saya kecil

1. Mula belajar masa umur 5 tahun. Dua kali masuk taska. Skrg taska tu tinggal bangunan, jadi rumah persinggahan kak limah bila balik kampung. Kawan-kawan masa tu semua dah lost contact. Mungkin sudah berkahwin. (aku bila lagi?)

2. Masa darjah dua kot...cikgu math (Cikgu Hindon) lempar buku latihan sebab keje sekolah tak siap. Pastu kena buat latihan tu kat koridor...kalau dah besar confirm malu nak mati :) garang!!! tak patot buat murid mcm tu kan.

3. Sangat nakal..setiap hari tepat jam 3 ptg, curi-curi keluar dari rumah sebab nak main dgn kawan-kawan. heyy..best taw..permainan yang tak ada zaman sekarang. Tuju tin, tuju selipar, guli, teng-teng. Jangan tak tahu, panjat pokok pun penah. Bila petang jer..mak datang ikot bawa rotan suruh balik. hahaha sgt klakar okeh!!

4. Penah belajar teakwondo..sampai tali pinggang merah. Setakat basic nak lawan org tu masih ingat. Ada sape-sape nak try??hehehe. Benti belajar sebab malas nak kayuh beskal pi training. Dah besar baru rasa rugi. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna".


5.Masa darjah 3..rambut panjang sampai bontot. Paksa rela potong sebab dah jadi athlete sekolah. Wakil daerah sampai negeri. Sebut jer acara balapan 100m, 4x100m, 4x200m. shima antara terhebat.DULU..sekarang nak jalan 100m pun boleh pengsan.

6. Pi training pakai baju koyak kat ketiak...balik baru sedar. Ingat lagi, t-shirt tu color merah. Slalu training dgn fadzlan, amil, zulaiza, roslan dan yusli. coach terbaik adalah guru kelas (Sir Roy).

7. Jatuh dari tingkat dua melalui tingkap surau. Ikot mak mengajar tapi tak duduk diam. Nah..kesannyer sampai sekarang...tengkorak retak. Dr. kena tampar sebab jahit luke di kepala tu. sakit taw!! hehehehe

8. Malam pun kena study..meja study kat ruang tamu. ayah boleh tgk sama ada belajar ataupun main. asyik-asyik kena suruh hafal sifir. memang paling malas la. Buat-buat mengantok dan tido kat meja study. teruk betul perangai. ngeee~~~

9. Bawa moto (Darjah 6) langgar kebun ubi. konon-konon hebat, bawa moto pejam mata. sekali tersadai. habis luka2..balik umah takut mak marah. ambil ubat, sapu sendiri. nasib baik tak cedera teruk. bila motor calar-calar, bagitaw mak, kawan yang buat. habiz cerita :P

10. kena ejek ubi kentang sbb tyme subjek seni slalu bawa ubi kentang banyak banyak. pastu main cop2 kat dinding skolah...wawawa.

11. mak suap cili padi...pedas!!! sebab slalu sebut perkataan babi. pastu terus serik. haiihhh, pengaruh kawan-kawan la nih. tak guna betul. tapi ape yang jadi menjadi pengajaran seumur hidup.

Salam...doakan kejayaan saye!!!

Sunday, August 7, 2011

Things To Do..8 Ramadhan

1. Kemas bilik yang sudah bersepah
2.Photostat result untuk bahagian biasiswa
3. Call Astro, confirmkan penyata bil. dah byr tunggakkan bulan lepas..tapi bil still rm200 lebih.
4. Call Muhibbah Restaurant booking untuk GEMS Iftar 2011
5. Tolong pos surat jemputan berbuka (mak punyer)
6. Class dah habis..kena cari journal untuk mini project next semester.

Harap-harap semua terlaksana dengan jayanya :P

Sungai Lampam & Chikus


Memandangkan masing2 sibuk nak bergambar...aku pun dah terpengaruh.
melayankan mereka buat rasa dahaga..dah la puasa. matahari tegak atas kepala..baru rasa ABC kedai Cik Kiah sgt sedap!! ahahhaha

Sampai je rumah..terus tido..wawawa. tahan dahaga punyer pasal.Alhamdulillah..akhirnyer berjaya tahan..

Saturday, August 6, 2011

Bazaar Ramadhan Teluk Intan 2011

Salah satu gerai yang menjual kuih jala berkuah durian..nyam..nyam..sedap kot!!

Muka-muka excited datang ke bazaar.

haaa..muka tension berbaris panjang semata-mata nak beli ayam percik.

oOo..itu Farah Aftina. kebetulan.

tadaaaa...

jeng jeng..itu dia juadah untuk saya berbuka...banyak tak??hehhehe

Habis sepetang membeli belah...last2 sampai rumah dah azan. :)

Friday, August 5, 2011

Baby KikOo 2

Yezza..dah dapat nama untuk baby yang comey dalam entri sebelum ni

NUR ARIANA BATRISYA


nama cantik seperti orgnya juge.

Baby KikOo


Hehehe...orang lain sibuk ke masjid (tarawikh), aku suka-suka update blog. Neway, baby nie sangat sangat comey. sampai aku teruja letak picture die kat entri aku malam ni.

Baby yang aku pun belum tahu namanyer. So, kite panggil Kikoo.hehhee

Kikoo baru lahir jam 6.49 pagi tadi...berat die 3.69kg sgt besar okay. Congrats to her mamu...dah jadi pakcik. weee...comey!!! hopefully besar nanti jadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Welcome to new world...