Tuesday, August 9, 2011

Perkara yang orang tidak tahu semasa saya kecil

1. Mula belajar masa umur 5 tahun. Dua kali masuk taska. Skrg taska tu tinggal bangunan, jadi rumah persinggahan kak limah bila balik kampung. Kawan-kawan masa tu semua dah lost contact. Mungkin sudah berkahwin. (aku bila lagi?)

2. Masa darjah dua kot...cikgu math (Cikgu Hindon) lempar buku latihan sebab keje sekolah tak siap. Pastu kena buat latihan tu kat koridor...kalau dah besar confirm malu nak mati :) garang!!! tak patot buat murid mcm tu kan.

3. Sangat nakal..setiap hari tepat jam 3 ptg, curi-curi keluar dari rumah sebab nak main dgn kawan-kawan. heyy..best taw..permainan yang tak ada zaman sekarang. Tuju tin, tuju selipar, guli, teng-teng. Jangan tak tahu, panjat pokok pun penah. Bila petang jer..mak datang ikot bawa rotan suruh balik. hahaha sgt klakar okeh!!

4. Penah belajar teakwondo..sampai tali pinggang merah. Setakat basic nak lawan org tu masih ingat. Ada sape-sape nak try??hehehe. Benti belajar sebab malas nak kayuh beskal pi training. Dah besar baru rasa rugi. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna".


5.Masa darjah 3..rambut panjang sampai bontot. Paksa rela potong sebab dah jadi athlete sekolah. Wakil daerah sampai negeri. Sebut jer acara balapan 100m, 4x100m, 4x200m. shima antara terhebat.DULU..sekarang nak jalan 100m pun boleh pengsan.

6. Pi training pakai baju koyak kat ketiak...balik baru sedar. Ingat lagi, t-shirt tu color merah. Slalu training dgn fadzlan, amil, zulaiza, roslan dan yusli. coach terbaik adalah guru kelas (Sir Roy).

7. Jatuh dari tingkat dua melalui tingkap surau. Ikot mak mengajar tapi tak duduk diam. Nah..kesannyer sampai sekarang...tengkorak retak. Dr. kena tampar sebab jahit luke di kepala tu. sakit taw!! hehehehe

8. Malam pun kena study..meja study kat ruang tamu. ayah boleh tgk sama ada belajar ataupun main. asyik-asyik kena suruh hafal sifir. memang paling malas la. Buat-buat mengantok dan tido kat meja study. teruk betul perangai. ngeee~~~

9. Bawa moto (Darjah 6) langgar kebun ubi. konon-konon hebat, bawa moto pejam mata. sekali tersadai. habis luka2..balik umah takut mak marah. ambil ubat, sapu sendiri. nasib baik tak cedera teruk. bila motor calar-calar, bagitaw mak, kawan yang buat. habiz cerita :P

10. kena ejek ubi kentang sbb tyme subjek seni slalu bawa ubi kentang banyak banyak. pastu main cop2 kat dinding skolah...wawawa.

11. mak suap cili padi...pedas!!! sebab slalu sebut perkataan babi. pastu terus serik. haiihhh, pengaruh kawan-kawan la nih. tak guna betul. tapi ape yang jadi menjadi pengajaran seumur hidup.

Salam...doakan kejayaan saye!!!

No comments:

Post a Comment