Thursday, January 15, 2015

3D2N at KRABI

Hello...lama betul tak update blog..berhabuk bersawang. Sempena Tahun Baru, I nak berazam menulis blog semula.

Anggaran kasar percutian ke KRABI

Tiket bas airport/AoNang = RM30 (returns)
Tiket flight                        = RM150 (returns)
Hotel                                 = RM215 (2nights)
Motorbike rental               = RM20/24hours
Fuel                                   = RM6/litters
Island Hoping                   = RM75
Makan                               = RM60
TOTAL                            = RM556

DAY 1

Flight seawal 7 pagi, maka pukul 5.30 pagi  I dah terpacak di airport sementara menunggu Aimi. Tengok dalam wallet ada lagi MYR, pusing-pusing cari money changer. 3000THB = 330MYR. Duit Thai much more higher than our currency okeh! 

Sampai dalam pukul 7.20 pagi local time. Berbaris panjang kat immigration sebab dua kaunter je buke. Staff immigration macam selalu la...kerek tak senyum langsung. Turun dari escalator belah kanan ada kaunter tiket shuttle bus dan taxi. Kami terus beli tiket shuttle bus sebab lagi murah dari taxi untuk dua orang. Kalau korang pergi ramai better ambik taxi or van. Harga tiket bus dari airport ke Ao Nang 15MYR = 150THB manakala harga tiket taxi 60MYR = 600THB. Naik bas ambil masa sejam lima belas minit. Aircond bas tip top. Jangan tanyer naik taxi...sure la laju. dalam 30minit dah sampai kot. Masa naik bas, korang bagi tahu je driver mana korang stay..bas akan berhenti betul betul depan hotel. Bas gerak pukul 8.15 pagi ye.

I stayed kat iCheck Inn Hotel. Kami sampai dalam pukul 9.45 pagi gituh. Tudiaaa..panas hanya tuhan je tahu dengan perut lapar. Disebabkan waktu check in pukul 2 petang so, kami put our things at the lobby hotel dan terus cari kedai nak brunch. Waktu Malaysia hampir pukul 11 pagi dah oiiii. Dari hotel ke gerai makan ambik masa dalam sepuluh minit. Nampak banyak gerai belum buke. Kami pilih untuk lunch terus. I makan Tom Yam Kung dan Aimi makan Nasi Goreng daging kot. (Daging liat hahahaa). Tempat makan halal banyak..so korang tak perlu risau. Kami tak makan tempat mewah sekadar gerai tepi jalan tapi makanan sedap sampai menjilat jari. JANJI MURAH. Kemudian cari pakej ke island hoping untuk keesokan hari. Ada banyak pakej...so kami pilih yang paling femes. 4 island pakej instead of pakej Hong Island and Phi Phi Island. Harga 750THB selepas bargain. Harga sebenat 1000THB.

Selesai makan, kami terus ke tempat untuk rental motorbike. Alaa lupe nama tempat rental tu ..selepas bargain dengan RAK (nama org yang jaga tempat rental) dapat harga 20MYR = 200THB. Harga asal 250THB. Tadaaaaa boleh pilih mana mana motor..off course kami pilih motor yang comel dan berwarna pink.. hehhee. Dalam tank ada half fuel..nanti kena hantar half jugak, jangan nak ngelat. Lambat pulangkan denda 50THB/hour. RAK tak bagi kami helmet tapi untuk keselamatan kami minta. Sebenarnya tak perlu sangat helmet, buat susah nak bawa ke mana mana (leceh). Dah dapat motor..panjang sikit melangkah. TAK KENAL MAKA TAK CINTA itu pepatah...maka kami pun pusing pusing sekitar Ao Nang sementara menunggu pukul dua. Terasa lambat padahal dah habis pusing pusing. heeee Bayangkan tengah panas terik tu.

Menanti dan menanti sehingga pukul 2. Fuhhhh lega rasanya dah check in. masuk bilik terus ambik tuala dan mandi. Bilik cantik, kemas dan bersih facing jalan raya. Lepas mandi terus tidur. Bangun semula jam 5.30 petang. Mandi lagi kemudian keluar cari makanan untuk dinner. First day ni memang nak explore Ao Nang. Nampak banner ada full moon party..WOWW. Dah petang gerai gerai semua dah buke dan orang ramai giler. opss lupe..kami datang time peak seasons!!! Depan hotel ada gerai..saje cube banana choc pancake di situ. not bad la!! SEDAP. Habis makan, ambik motor dan pusing pusing lagi. Dari kawasan hotel ke area McD sampai la ke kawasan hotel mewah semua kami redah. Ingatkan nak tengok sunset kat HILLTOP tapi tak dapat disebabkan hal hal tertentu.. okeh next visit for sure. Kami balik hotel semula agak awal sebab kepenatan.

DAY 2

Bangun pagi mesti maw breakfast..tapi hotel tak banyak variety makanan. Maka makan apa yang ada je. Sebelum ke island hoping kena hantar motor yang disewa. tak perlu hantar pun just call tempat rental nanti die datang ambik motor yang di park kat hotel. untuk ke island hoping...agen akan fetch us kat hotel tunggu je di hotel..pukul 9 tepat agent sampai. kami naik van ke sana.

Sampai ke di tepi pantai kami diberi taklimat ringkas untuk ke island hoping. Satu boat boleh muat sehingga 25 orang. memandangkan kami ada dalam 39 org. maka satu boat ada 18 orang je. so tak crawded sangat la. Just nice orang kata. Ok kat sini nak bagi tahu korang. sebenarnya kami macam tertipu dek agen. harga pakej 4 island adalah 500THB kalau naik long tailed boat. dan 1000THB kalau naik speed boat. kami rugi sikit..bila naik long tailed boat je. Btw, boat tu ok je...cume lambat sampai ke 4 island. kalau naik speed boat kejap je la. so korang, sebelum booking tanyer dulu sama ada korang bayar untuk speed boat ataupun long tailed boat. sebab dua dua pun included lunch. Ohh lunch punye makanan sedap!!!!

Dari pukul 9 sampai pukul 3 petang kami mengelilingi 4 island. Pantai cantik, air clear biru dan bersih. Memang tak rugi la ke sini. Hati hati yer...ombak besar. Balik dari island hoping, mandi bersihkan diri...tido jap kemudian cari pancake lagik!! semua jenis pancake kami cube. semuanya berbaloi baloi. tak rugi. Harga pancake paling murah 30THB = 3MYR. Minum shake hari2...phewww

Pada sebelah malam kami jalan jalan di night market. Harga barang sama macam di Malaysia dan ada barang lebih mahal dari Malaysia. Pandai pandai la korang bargain. Shopping barang sikit kemudian makan pancake lagi. hahahah itu je la keje kami. Sebab rent motor sehari je...so malam kedua kami jalan kaki  sbb dekat. Dah survey hari pertama naik motor. Kalau korang banyak tenaga tak perlu kot nak rent motor tu. jimat 200THB.  Dalam pukul 9 lebih kami balik hotel. Pusing kiri pusing kanan tengok tengok tempat massage. Harus la massage kalau datang sini. Classic Thai Massage harga 250THB. Kalau Aroma oil massage 300THB sejam. Kemudian balik bilik tido laaa.

DAY 3

Ni hari last..pagi mandi swimming pool pastu breakfast. Breakfast tak sedap!!! hahaha tapi telan jugak. Kemudian pegi tourist infomation center dekat dengan hotel untuk book tiket bas ke airport pukul dua. Kemudian makannnnnnnnnnnnnn dan shopping!!! 

Pukul 2 gerak ke airport. Sampai KLIA2 pkl 8 malam. Tata..ada banyak lagi nak cerita dan nak upload gambar. Nanti ada masa I sambung ok :)


P/s: Hotel yang kami menginap agak mahal jugak sebenarnya. Depan hotel ni ada "88 hostel". search kat booking.com rate satu malam dalam 39MYR je sebab hostel.


Shima
Sydney, Australia







No comments:

Post a Comment