Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013

Kurang beberapa jam sahaja lagi kite akan menyambut tahun baru 2013. wishlist sume dah settle?? hahaha jawapannya setiap tahun pun wishlist ada sahaja yang tak tercapai. bila belek semula..huh ada satu jer tak settle. ermm tak mengapa rezeki itu belum sampai. Apa yang penting...saya dah ada Masters in Sc Env.!!! Bukan riak cume rasa puas hati bila usaha tanpa rasa penat (yolahh shima) membuahkan hasil yeahh sangat berbaloi.

"I miss us, I miss our long pointless jokes and conversation, I miss how we use to talk and laugh each other everyday. I miss everything"-shima-

yeah I will miss everything in 2012 and good bye :(

Berharap kehadiran 2013 membawa seribu "makna" buat saya. Semoga keluarga dimurahkan rezeki, panjang umur dan hidup diberkati. InsyaAllah

Friday, December 21, 2012

Wednesday, December 19, 2012

HARD

It is always hard to understand these three things :

1. when is the time to let things go
2. which things to let go
3.how to let them go

sob sob sob

1years 10month 19days ago~~

SETAHUN 10BULAN 19HARI

Sunday, December 16, 2012

Assalamualaikum...sihatkah anda? harap-harap semuanya baik baik belaka

Sementara menunggu prof shaharin reply email...meh teman hapdate belog yang dah lama bersawang. super dupper busy sejak dua tiga bulan kebelakangan ini.. semua gara2 menyiapkan persiapan majlis reception adik. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar serta sudah selesai walaupun ada perasaan kecik hati. ok abaikan perasaan yang remeh temeh itu. positip ler sket :)

Sabtu ni ni ada viva voce untuk present paper...nebes, cuak pelbagai perasaan timbul. 4 orang panel. 3 internal dan seorang xternal examiner dari UKM. Prof emeritus dato' dr. abdul latiff mohammad. wooww harus berdepan dengan prof yang hebat! masyaAlllah harap2 segalanya berjalan smoothly :)

Insha Allah

ALLAH said : " write your plans in pencil, but give ME the eraser. I might have something better for you."

Friday, December 7, 2012

It's Okay

There's always a little truth behind every "just kidding",
A little curiosity behind every "just wondering"
A little knowledge behind every "I don't know"
A little emotion behind every "I don't care" and
A LITTLE PAIN BEHIND EVERY " IT'S OKAY"!!

Monday, October 8, 2012

MEREPEK

hii...selamat petang sume.

dah lama rasanya tidak merepek kat blog. sangat sangat sibuk smpai byk benda tak sempat nak kejar.
lagi susah jika nak kejar masa..haha harus la kena naik trasport yang lagi laju yer idak?

ada sesuatu yang pelik..mm kebetulan ataupun takdir.
kadang kadang rasa kami ni kembar kot. ape yang jadi kat die mesti aku pun akan kena yang sama.

contohnye...klu la die ckp die demam, cnfrm la dua hari lepas tu aku pun akan deman jugak!! mula2 tak la perasan sgt..tapi bila dah byk kali. mmg rasa pelik.

kedua, kete aku accident...selang beberapa minggu kete die pun accident jugak. cara accident & tempat yang kena pun lebih kurang sama...adehhh

ketiga, baru2 ni die cite batt kete die mati tyme isi minyak. WTfisssssssh, baik punyer selang beberapa hari kete aku lak batt mati..idak ke korg rasa pelik???? grrrrrrr

kla, byk keje nak siapkan sebelum 18nov2012. kena mkn tuk kumpul tenaga. hehehheh

Tuesday, July 31, 2012

BERITA

hii....

Cepat betul masa berlalu..genap sepuluh hari berpuasa. Macam mana dgn korg semua?? harap ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan sebelum ini..

Sepatotnye result temuduga kluar harini..last2 kat website ckp 10 ogis baru leh semak. mak aihh...nebes giler!

Sabtu ni iftar bersama vaxxters..kire2 dalam 15 org jugak yang cnfrm datang. huhu lama tak jumpe korg!! rindu weh.

ahad lak berbuka dgn geng2 GEMS..yatt sapik obama. fuyoOO busynyer saye!! hehehe

dan ahad minggu depannyer pula berbuka dgn geng2 sekolah. diorg nak masak sendiri.. hahahhaa...harap2 semua sedap dimakan. nak buat bbq jugak kot. katernyer nk kumpul duit sorg 15 ringgit. cukup la kan.

okey...sekian berita semasa. hikhik

Tuesday, July 10, 2012

2nd interview

uwaaa...interview 19hb? hah lagi 8 hari..mati la nak study.

buke  buku sakit kepala...acaner tu?? mcm nak tido je

Terpesona melihat Persona

For the first tyme ever happened in my life...and now, baru tahu perasaan orang trauma accident....

A few weeks ago, lebih kurang jam 9 pagi..berdentum persona dihentam oleh sebuah lori pasir.
Al-kisah bermula apabila sejak awal pagi  selepas subuh mak mintak hantarkan die sebuah majlis di Hutan Melintang. Memang dari awal dah berat hati nak hantar, lagi pun byk "kerja" perlu di settlekan. Agak membazir masa sbb perjanan tu dah ambil masa lebih kurang 45minit.
beberapa kali mak pujuk, ok la..gi hantar mak ke majlis tersebut. Ayah siap belikan breakfast pg tu...dlm keadaan kelam kabut mkn dlm kete je. huhu

Lebih kurang 45minint, kami pun sampai ke tempat tersebut. perghh...kereta parking kanan dan kiri jalan menyebabkan kawasan tersebut nampak crowded. Nak parking pun susah, disebabkan bawa VVIP, terus berhenti betul-betul pintu masuk kawasan majlis tersebut.  Sebaik berhenti di bahu jalan, terus bertanyer kepada anggota polis dan anggota bomba yang sedia maklum menjaga lalu lintas pada hari itu.

shima: Encik, mana nak parking?
Anggota: erm..tempat parking di belakang masih kosong.
shima: ooo...jadi saya kena u-turn la?
Anggota: ok tunggu sekejap, saya akan kawal lalu lintas kemudian awak boleh uturn.

Bila dh nmpak anggota tu lambai suh jalan, dgn confident terus u-turn. By the tyme, mmg dah tgk kete depan dan belakang berhenti. ape lagi...terus buat u-turn. Tetibe dgr semua org kat situ menjerit. ouch, pandang kanan nmpak lori dh menghala ke kereta. nasib baik tak panic, pegang stereng kuat2 tekan pedal minyak. Tapi malang tak berbau..DUMMM DUMMM. lori tu langgar bahagian blakang kereta habis dari bahagian pintu kanan sampai ke belakang.

For one minutes..blurrrr. and then buke je pintu kereta terus nampak that indian guys yang mcm samseng. dah la xnk ngaku salah. padahal ramai saksi. die tgh guna hp masa driving. sbb tu tak nmpak bila anggota polis suruh berhenti. Sial betul laaaaaa. heart beat dh tahap cipan punyer laju...muke still cool. masih boleh ckp dgn driver lori, xyah bising2 jom buat police report. Lagi satu nak puji diri sendiri..sempat ambik gambar kejadian dan dapat ingat beberapa nama anggota polis dan dua org saksi yang nmpak keseluruhan kejadian.

"sampai ke hari ni dok fikir...nape tyme berlaku polis yang ramai2 tak tahan atau ambik no ic driver lori"

Kejadian kat Hutan Melintang, tapi case kena report kat IPD Teluk Intan. ape kes??? haih...
On the way ke IPD Teluk Intan, call sham (tak angkat yer)!! then hantar msg. Call adik suh datang ambil kat kat IPD Teluk Intan sbb kete mmg xleh jalan. Adik tgh mamai trs terkejut bila dgr kami accident. Rupenyer die terus call ayah yang ada kat kL. confirm la gelabah orang tua tu. call sana sini. padahal anak die cool je kot...miahahahhaa sorang2 yer p IPD buat police report tuh. first tyme....cuak pun ado!! hahahaha
nampak sgt berhemah bila xpernah accident.

Sampai je IPD tak der orang pun...boleh terus buat report. tyme ni boleh senyum2 lagi. tenang je buat report. tetibe muncul seorang pakcik tua(SARJAN) mintak no plate kete, sbb die nak ambik gambar. fine laaa...hbs die ambik gambar terus die ckp..

pakcik tua: awak ni kena bayar saman 3 ratus
shima: erkk..kenape pulak? bukan salah saya.
pakcik tua: tgk dari gambar mmg awak salah
shima: encik ke yang ambil case saya ni? mmg salah lori tu. anggota polis dh suh die benti then die xbenti. ramai saksi di tempat kejadian. bukan saya sengaja nak u-turn kat situ. atas arahan anggota polis, baru saya u-turn. encik boleh tgk police report saya. lagi satu, nape dlm polis report xleh letak nama saksi?
pakcik tua: sume tu cik leh tulis dlm statement.
shima: jap..

k smbung nanti kesudahan cerita ini ;)


Tuesday, June 5, 2012

Coincident

 at the same date

-our bestfriend getting engaged

- was wearing the same color.

hahaha...what a coincident :P

Friday, May 11, 2012

Gambar

Hanya gambar di skrin lappy peneman sepanjang minggu :(
Wish me gud luck yaaaaaaa.....

Thursday, May 3, 2012

Tentang Rasa~~

huhu...giler best lagu ni.
layan2.banyak sgt air mata harini... turun tak benti2.
sbb?? tak der sbb!!! dah lama kot tak nangis..hehehe

Thursday, March 29, 2012

Sekadar Nombor..62 or 26???

 Bila scroll facebook pagi tadi, tibe-tibe ayat ini sangat menusuk kalbu.

"Jangan sentuh BUNGA kalau tiada niat untuk memetik,
jangan petik BUNGA tanpa izin tuannya,
dan...dan...jangan dipetik BUNGA tersebut, tanpa niat untuk menjaganya dengan sepenuh hati.
Kerana ILLAHI ". -Shunter-


haha statement kat atas tiada kaitan dengan entry arini. Lately, teramat la busy. Bukan tak tergerak nak tulis entry sampah yang dikutip merata-rata. Tapi...bla bla bla bla..(its typical reasons again)!

1. sibuk keje..tettt..tettt (Jauh sungguh T'ganu ni)
2. Mak dah sibuk buat persiapan majlis kawen adik. Tiap2 hari call tanyer itu..ini..(macam aku dah kawen). Lambat lagi kot majlis adik tu..pening jugak, byk benda rupenyer kalau nak kawen.
3. Jurnal kena hantar 28 April 2012 (tarikh mati woo).

ah ahh..Ya Allah..baru aku sedar kerja bertimbun-timbun dan aura untuk menyiapkan memang tiada langsung. Sejak lahiriah, bila dah banyak benda nak fikir & selesaikan..aku akan jadik super pendiam, antisocial, selera makan kalah gajah kat  hutan dan haruslah mengadap lappy 24/7. Aku lebih suka memerap di rumah dari bergonjeng atau berjimba ke mana-mana. walaubagaimanapun, kalau keluar jumpe kawan2..terpaksala buat muke happy senyum sampai telinga. Padahal kepala serabut mcm sabut kelapa :P

Benda yang paling best bila dapat balik rumah (ohh TELUK INTAN).Lupe sekejap duniawi. TELUK INTAN memang terbaik sama macam orangnye..hahaha. Character pun terus berubah dari seorang kakak jadi seorang adik bongsu yang manja :P

Mak pun penah cakap..along mcm anak bongsu kat rumah. (dgn harapan nmpak cam muda). Betapa aku nak bagi tahu korang..betapa tak matangnya perangai aku kat rumah. hehehe. Tapi bila berhadapan dengan stranger atau orang yang tak berapa nak rapat ..matang habis cara aku berfikir..sopan tahap maximum attitude aku. Cousin2 pulak takut nak tegur sbb rasa aku garang mcm nak mkn/telan org. Tapi...bila dengan org yang aku rapat dan sayang...I was like 16 years old. kompius jap. (aku penah cakap kat obama & Vaxxters geng, "aku mcm ni dgn korg jer" ).

..but hell yeahh..i dont care..umur just angka je kot...16? 20? 26? 30?  nombor je!!!

ugly truth about me??
still berebut kereta dgn adik adik sbb xnak isi minyak.
still bergaduh siap jelir2 lidah dgn adik lelaki yang sama besar dgn aku
still menangis kalau sakit
still merajuk bila xdapat barang yang aku nak

p/s : yang penting aku tahu ape yang aku buat..tidak meyalahi undang2 dan batasan agama. tahu matlamat hidup. dan ada arah tuju. ;P

Sunday, March 11, 2012

Yatt's Engagement

Last Saturday, from Kuala Lumpur to Tampin just take about 2hrs. My cousin's engagement actually. But gambar di atas adalah gambar Yatt bukan gambar cousin. Seawal jam 7 pagi  kami bergerak ke Tampin dan semestinya sampai awal jika semua bawa kereta macam pelesit. Ok lepas ini sila check saman speed trap kat website. Sudah la sampai awal...kemudian ramai-ramai singgah oldtown for breakfast. Kebulur tak hingat, macam datang ke Tampin semata2 nak sarapan. Memang lepas itu, sudah tak mampu nak masukkan apa-apa lagi ke dalam "stokin".  Selesai semua urusan dalam pukul 12, kelam kabut salam semua saudara mara dan terus pecut ke putrajaya. Kawan baik punye pasal, wajib la datang even majlis tunang sahaja :)

Sampai Putrajaya hampir jam 2.30 ptg. Yang tinggal hanya sedara-sedara Yatt je. Yang penting makanan masih banyak. Yatt pula baru nak makan dan kami join sekali. Habiz makan..ambil gambar hampir2 50 keping. dan balik. Loteh aden seharian dalam kereta.

p/s : Hari Ahad, lagi lama. dari pukul 12 sampai kul 10.30mlm. kecewa sikit sbb bawa camera tetapi tak bawa memory card. siap fizol & obama perli baik punyer!! terima kasih korg!! wahahaha

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Friday, March 9, 2012

priceless

Saya sgt beruntung ada sahabat seperti mereka berdua. Saying "Thanks" is like..me appreciate them. A simple thank you means a lot!! kan korg kan..hehehehe



Jumpe korg mlm ni~~

Tuesday, March 6, 2012

"6 Jahanam -> 6 Jelita"

OMG...
After 6 years together datang & ponteng class. Akhirnya Net menamatkan zaman bujangnya dengan Muhaymin. Did U remember :

1) Kereta kancil boleh naik 6 orang.
2) Datang class  lambat.
3) Nadia paling lambat...pakai seluar ambil masa dua minit (siapa boleh lawan??)
4) Salihah paling cool...Assignment supposely hantar kul 12pm, die boleh pula hantar pukul 2 dan tak kena marah.
5) Net paling sempoi...ape2 kami buat, die ikot jer. Tapi last sem die stay luar kampus bersama Salihah.
6) Off course paling pandai adalah Ezyan...agak perfectionist. Bab-bab merancang...mmg terbaik!! Selalu tyme nak register subject..sume akan ikot die. hehehe
7) Hasz...paling pendiam. konon jer tu. dah kenal baru tahu siape hazs y sebenar.
8) Dan akhirnya...saya!!! Pengarah (mmg suke beri arahan, siape bantah siap!! dan penindas..wahahha)
9) berbasikal di Bukit Cherakah..balik sakit bontot. jalan dah mcm king kong..xboleh nak lupe ni!!

Dulu, semuanya ganas dan agak kasar (aku paling la...siap ada junior panggil mafia). Panjat gunung/bukit, redah hutan, khemah dlm hutan. redah sungai. redah lumpur, harung laut...semua penah kami buat. Betapa kentalnya kami sewaktu belajar.

Tyme exam...study di mcD. konon jer..sembang2 balik semua terbongkang. Amali yang ada drawing paling tak best. tangan kayu disuruh melukis..fail.

Partner tyme presentation :
Yan & I
Sal & Net
Hasz & Nadia

6 Jahanam dapat nama bila, fieldtrip ke Gombak (Mamatologi). Kami satu group, dan terpaksa campur dengan 3 org lelaki iaitu Sem, Korie & Pojie. Dari situ, kami digelar 6Jahanam oleh mereka bertiga...ape yang jahanam, kami pun tidak tahu..hehehehe

Selesainya majlis Net..maka ada lima lagi yang belum menamatkan zaman bujang. tetapi dua orang dah tunang iaitu Hasz & Sal. lagi tiga...belum tahu lagi. tunggu putera dari kayangan datang :P

Gambar di Majlis Net :




p/s : Net...honeymoon di Korea, jgn lupe ole2 utk kami!!! Selamat pergi & pulang~~

Monday, February 13, 2012

Mr. Kolim BFF alam maya


Dah 5 tahun yM...tapi tak penah jumpe!!!  Giler best kawan dgn die ni..sume benda bley share, jgn salah anggap. Die dah ada gf pun. She is faradilla..so sweet :) 

Okay..sambung sebab Mr.Kolim ckp "sket jer??". tak baca siap!! hehehe

eh..lupe pulak mcm mana boleh knl.(sambil berfikir panjang) :P owh, Friendster!!!!! kalau tak silap gambar die dalam album epul. Saja view sbb profile picture die sgt kelaka tahap gaban. dah rupe tok janggut bertapa digunung ledang.hahahaha kalau dulu, sape yang view, kte leh tahu.STALKER!!  Tak lama lepas itu, die add as friend. Sejak tu, terus jadi kawan. Rasanya tahun 2006 tahun kedua di UM. eh..eh..lebih kurang 7 tahun sudah..lame kan!! haha. sering reply2 komen kat friendster lebih kurang setahun kemudian berubah ke yM...(takut kantoi dgn bf, last2 aku y terkena!!! damn, majority lelaki lebih kurang jer).

ohh...ye!!! tak penah2 yM dgn org yang tak knl then bley bagi number phone...haiyakk. al-kisah, yM mmg sentiasa terbiar je di meja stdy..cik aimi jelita pulak slalu guna laptop. kebetulan tyme mr.kolim yM dan mintak no phone...die ada depan laptop!! owh damn...aimi terus bagi. hurmmm nak marah pun die dah bagi..so tak pe la. dah lama selepas dapat number baru die msg..tu pun after kena perli!! hehehehe...first msg?? eh..silap, miscall je!!!!! kedekut....hahahhaha pastu hantar  "secret admire u"..sgt psycho. uweekkk.
kemudian kemudian..terus jadi kawan...even xpenah jumpe...tapi rasa mcm dah lama sgt knl.

penah jugak bagi bday present..mahal lak tuh dgn harapan dapat y setimpal...kehkehkeh. tapi tak pe. tudung yang dapat tu salah satu f'rite. smpai skrg masih digunakan. thanks...byk dapat pahala. :)...dah la tu eh. nanti smbung lagi. huhuhu




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Friday, February 3, 2012

After a year

Kucai dah jadi tunang orang. Time gambar ini diambil...jiwa tgh kacau. Sekarang dah bahagia.
Kawen jangan lupe jemput..Harap kau sentiasa gembira dan pilih jalan hidup yang diredhai Allah.

fat fatter fattest. Semakin membesar..mana idaknyer, asyik makan 24hours.  Masih seperti biasa, cume sekarang dah hold master's degree. Macam tak percaya.tapi itulah kenyataan. Macam-macam terjadi dalam setahun. Ada yang gembira dan ada yang sedih...wutsever it is..just go with the flow......

Homaigod...shahir dah kurus kot :p sebab pertama mungkin rajin giler gi running, marathon segala bagi. Timeline facebook penuh dengan date larian. Cayalah kena respect besertakan tabik spring. toink toink!!!

NOW.....Ain dah pregnant, about 7month kot. Ini lagi seorang, Jiwa tgh kacau then ada pillow talk session. heaven. ingat lagi perjanjian 3bulan :) at last..dua bulan kemudian ada org datang pinang ain. sungguh gentleman...terus jumpe parents ain. terbaik dari ladang :)

Lan baru kena chic pop... Ini kawan dari kecik. sejak tadika..sampai la sekarang. macam cerita boleh buat novel. panjang sangat kalau nak type.


Mai berada di Aussie. nak mintak freeze magnet boleh. huhuhu

Lost contct...ape khabar beritanyer?? still student..buusy buat project final year kot.

Die masih sama seperti setahun yang lepas.. sentiasa ceria dan gembira. bestnyer kalau jadi angah :)

GF pakcik baju kuning masuk bengkel hari ini. habiz la duit nak betulkan GF tu. xpe...papepun, sume tu pengalaman hidup. mematangkan seseorang. ape lah yang aku merepak pepagi hari :)

The only one, pic pakcik ini dlm DSLR.. a lot of memories within a year. Nothing much to say :)

eh..another one pic!! diz ahjussi pun dah kurus sket. yang paling best....busy sentiasa, rajin giler keje. mcm susah nak tgk die ni cuti.

p/s : continued a year ago stories about vaxxters :P

Thursday, February 2, 2012

Biarlah yM berbicara

Nak hapdate gambar KRABI...tapi tak dapat2 lagi.!! bior2..

Voucher buku RM200...mmg terbaik la. RM100 beli buku utk ajar budak tuition. yang selebih beli novel, stationary. Semua jenis pen aku beli...dari color hitam dan biru sampai jadi color pelangi..sekarang dah berlambak aka bersepah atas meja. konon study lebih.hahaha

Nak bercerita pasal sebuah novel yang aku beli..tajuk macam best!! huhu..memang best pun...sebenarnyer, dah lama tak beli novel melayu. kali ini memang tidak membazir. tapi tu la..sedikit sebanyak, sama pulak dengan kisah hidup aku...wehaaaaaaaa. MR.S sila baca kalau rajin yer!!! hahahaha k bye. tu je nak update!!

hehe...cover novel tersebut!!!!!

ok...germersik kalbu dah start. sambung update mlm nanti.

Tuesday, January 24, 2012

Kesayangansss

Lepas je aku habis exam...masing masing excited nak p karok. konon nak hilangkan stress (mcm diorg pun exam jugak la kan...miahhaha). xpe, layankan aje!!! masing-masing pun stress. 3jam karok kat alamanda sampai hilang suara.

Ambil gambar dulu...itu yang penting!! masa ni, suara merdu bak buluh perindu. tambah dgn vokal didie bagai hujan turun membasahi bumi. :)


layan.......

cukup dengan tiga gambar ni sahaja...yang lain mcm tak sesuai. wahahah. 3 jam karok..balik UM sume terbongkang tido smpai pagi. puas giler!!!!

Lost World of Tambun Ep2 :)

Okay...sambung entri lost world...lepas pre basah basah bersama anak kecil. yang bujang bujang gi main yang lebih extreme....

wan apis dan shamsir lompatan terbaik yooOO...


mula...serang funfair. apetah nama benda ni. muke nervous je sume. hahahaha

apiz dan kucai....

selepas turun...xmalu mintak mai ambikkan gamba. wink wink

game baru...pun tahu nama..main redah je main. hahhaha

wan dan mirul....benda ni best. huhuuuuuuuuuu

sesat pule gambar ini....sebelum cari port lepakinggggggg~~

the besties......effa, wanis, aina, epoy, mai, apiz, kamarul

letih berjalan...duduk jap. tibe tibe rasa seperti artis..ada orang ambil gambar.

Finally...26 orang.!! korang best...next trip....Sabah baaaaa :)

Lost World of Tambun

"shima, kete kau kosong lagi tak? aku nak tumpang" pagi-pagi dah dapat sms dari Mai. Ouch, kepala masih berat, hidung tersumbat, batuk pula semakin teruk. Laju jer tangan mereply "Aku demam teruk ni. sori xdapat join". Padahal, dalam hati membuak-buak nak ikot diorang pergi Lost World. Fikir punya fikir, terus pergi mandi . Ingatkan baru pukul 6.30am tapi dah pukul 8am. Lepas mandi tiba-tiba segar walaupun masih terasa sengal badan.

Terus call epoy..malang sangat kot!! Epoy confirm tak bangun tido lagi...berpeluh call tahu, tapi tak angkat. wahahaha. Kemudian sms Angah, minta dia pick up kat rumah. yeahh...meraka kata boleh. So, tunggu kat rumah jer. Sementara tunggu diorang yang macam siput, sempat la breakfast dengan families. Makan cempedak goreng, vico (dah lama tak wujud air ni kat rumah) dan mak seperti biasa nasi putih dengan ulam ulaman dipagi hari.

Ok...last-last yang datang ambil aku...Epoy(tunang orang), Kucai(tunang orang juge), Wan dan Apiz!! sebab Epoy dan Kucai sampai dulu, naik la dgn diorang. huhu..so Wan & Apiz follow dari belakang. Kete Epoy, Wan, Fadzlan dan Kamarul ikut jalan Kampar..yang lain kete Effa, Awanis, Ain, Lina ikut jalan Batu Gajah. perghh...Epoy baru kete laju 160km/h. mengucap aku duduk belakang.  Kurang dari sejam dah sampai Lost World. Pakcik Epoy ni, xbreakfast lagi...teman die makan sat. woot woot.

Ini la muka-muka sampai awal..baju belang-belang tu kamarul, Apiz (kuning), Kucai (putih), Ros (wife si Fadzlan). Baru separuh!!!

Awanis dan boyfriendnyerrrrrr....giler klakar dua orang ni!!!

Cik ceti sedang mengutip duit...sila bayo...bayo!!! sape tak bayor boleh balik teluk intan sekarang,. wahahahhaa. rm45 per person. rubber band rm10. so total 55. rubber band tu boleh return kalau nak semula rm10 tuh.

Antara yang ada setelah tiket dibeli...menunggu leader mencari port lepak.

port pun belum jumpe...dah gedik2 nak ambil gambo...layankan ajer...hehehhee

haaaa....akhirnya port lepak dah jumpe. sebab ada ramai kanak-kanak bawah umur..tempat macam ni paling layak...hehehehe

pre-mandi manda..basah-basah sket dgn anak aina & fadzlan.

jeng jeng...saya dan wanis!!

next activities...akan bersambung.

p/s : giler malas nak menaip...