Wednesday, August 24, 2011

Puasa Tapi Bertenaga

Minggu lepas...kami yang kebosanan plan untuk bergambar.Maka seawal pagi sudah siap...survey-survey tempat jumpe la masjid. berani sgt ambil gambar dlm masjid. bersuka ria pulak tu. weehaa
Sekali tgk dah mcm model jubah..huhu
Nurul Awanis...giler gambar!!

dan saye juga..Nor hasimah

dan die..Norhaffiz

Wednesday, August 17, 2011

Nasi Lambai Teluk Intan

Selamat Pagi!!

Sepanjang bulan puasa..ramai pulak yang upload pelbagai jenis makanan, semestinya kejur bila pagi-pagi terpampang gambar di facebook...hahhaa

Gambar di atas Nasi wanggey aka nasi ganja. Bila dah upload gambar ni.ramai pulak yang listkan pelbagai makanan terbaik/sedap di Teluk Intan. Walaupun aku dilahirkan di Teluk Intan, sumpah tak pernah tahu ada Nasi Lambai. Disebabkan tak mahu kena bahan dengan kawan-kawan. Aku search kat google (info dihujung jari).
huh..Rupe-rupernyer memang famous amous Nasi Lambai di Teluk Intan.

Menurut orang-orang tua, gelaran Nasi Lambai diberikan kerana tuan empunya kedai sering melambai-lambai pelanggan yang lalu dihadapan kedai mereka. Aku tak pernah rasa Nasi Lambai, tetapi menurut kawan-kawan, memang terbaik. Cube sekali nak berkali-kali. Selamat mencuba :)

Tuesday, August 16, 2011

Voir & Titus

Assalamualaikum

Last Saturday..wanis & aku menjengah mid valley (jengah??) hehe..
seawal subuh shafie kami dah sampai. sume kedai masuk, belek-belek then keluar. akhirnyer jumpe sehelai baju nie...hurmmm menarik. kat butik VOIR. adeh mahal la pulak.Sesape yang rasa nak belikan aku baju nie...amat-amatlah dialukan. mesti aku terharu jika tetibe sampai kat rumah..weeehaaa (berangan). sekian.

1 more...sempena raya 2011, tetibe jam yang aku amat sayang dah retak. hihi suruh ganti baru. survey punyer survey..jam atas nie mcm ok. so raya tahun nie kena kutip duit raya byk2 kat auntie.nak dapatkan jam ini :)

Iftar Ramadhan Geng Lagho 2011

EloOo..last jumaat, satu perjumpaan Geng Lagho telah diadakan di kediaman Roslan. Meriah sangat bila ramai yang ada dan dapat berikan kerjasama. Iftar Ramadhan Lagho 2011

Layankan beberapa keping gambar yang telah diambil :)

haa..ini dia juadah berbuka pada hari tersebut...bukan mudah nak beli semua, kena berhempas pulas redah ribut di bazaar ramadhan presint 2, putrajaya.


Diantara rakan-rakan yang hadir kamarul, eyena, angah, mai, wanis, kande, aizol, ayen + tunang, anep, ijai, wan daud, muzamil, lan dan aku ler...ngeh ngeh!!

best-best...dengan harapan yang menggunung berharap rakan-rakan yang berada di Kuala Lumpur akan buat Open House untuk raya pule...lalalla.

Ribuan terima kasih buat Roslan dan housematenyer(aizol) kerana menyediakan penginapan dan tempat berbuka untuk kami. thanks again!!


Tuesday, August 9, 2011

Perkara yang orang tidak tahu semasa saya kecil

1. Mula belajar masa umur 5 tahun. Dua kali masuk taska. Skrg taska tu tinggal bangunan, jadi rumah persinggahan kak limah bila balik kampung. Kawan-kawan masa tu semua dah lost contact. Mungkin sudah berkahwin. (aku bila lagi?)

2. Masa darjah dua kot...cikgu math (Cikgu Hindon) lempar buku latihan sebab keje sekolah tak siap. Pastu kena buat latihan tu kat koridor...kalau dah besar confirm malu nak mati :) garang!!! tak patot buat murid mcm tu kan.

3. Sangat nakal..setiap hari tepat jam 3 ptg, curi-curi keluar dari rumah sebab nak main dgn kawan-kawan. heyy..best taw..permainan yang tak ada zaman sekarang. Tuju tin, tuju selipar, guli, teng-teng. Jangan tak tahu, panjat pokok pun penah. Bila petang jer..mak datang ikot bawa rotan suruh balik. hahaha sgt klakar okeh!!

4. Penah belajar teakwondo..sampai tali pinggang merah. Setakat basic nak lawan org tu masih ingat. Ada sape-sape nak try??hehehe. Benti belajar sebab malas nak kayuh beskal pi training. Dah besar baru rasa rugi. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna".


5.Masa darjah 3..rambut panjang sampai bontot. Paksa rela potong sebab dah jadi athlete sekolah. Wakil daerah sampai negeri. Sebut jer acara balapan 100m, 4x100m, 4x200m. shima antara terhebat.DULU..sekarang nak jalan 100m pun boleh pengsan.

6. Pi training pakai baju koyak kat ketiak...balik baru sedar. Ingat lagi, t-shirt tu color merah. Slalu training dgn fadzlan, amil, zulaiza, roslan dan yusli. coach terbaik adalah guru kelas (Sir Roy).

7. Jatuh dari tingkat dua melalui tingkap surau. Ikot mak mengajar tapi tak duduk diam. Nah..kesannyer sampai sekarang...tengkorak retak. Dr. kena tampar sebab jahit luke di kepala tu. sakit taw!! hehehehe

8. Malam pun kena study..meja study kat ruang tamu. ayah boleh tgk sama ada belajar ataupun main. asyik-asyik kena suruh hafal sifir. memang paling malas la. Buat-buat mengantok dan tido kat meja study. teruk betul perangai. ngeee~~~

9. Bawa moto (Darjah 6) langgar kebun ubi. konon-konon hebat, bawa moto pejam mata. sekali tersadai. habis luka2..balik umah takut mak marah. ambil ubat, sapu sendiri. nasib baik tak cedera teruk. bila motor calar-calar, bagitaw mak, kawan yang buat. habiz cerita :P

10. kena ejek ubi kentang sbb tyme subjek seni slalu bawa ubi kentang banyak banyak. pastu main cop2 kat dinding skolah...wawawa.

11. mak suap cili padi...pedas!!! sebab slalu sebut perkataan babi. pastu terus serik. haiihhh, pengaruh kawan-kawan la nih. tak guna betul. tapi ape yang jadi menjadi pengajaran seumur hidup.

Salam...doakan kejayaan saye!!!

Sunday, August 7, 2011

Things To Do..8 Ramadhan

1. Kemas bilik yang sudah bersepah
2.Photostat result untuk bahagian biasiswa
3. Call Astro, confirmkan penyata bil. dah byr tunggakkan bulan lepas..tapi bil still rm200 lebih.
4. Call Muhibbah Restaurant booking untuk GEMS Iftar 2011
5. Tolong pos surat jemputan berbuka (mak punyer)
6. Class dah habis..kena cari journal untuk mini project next semester.

Harap-harap semua terlaksana dengan jayanya :P

Sungai Lampam & Chikus


Memandangkan masing2 sibuk nak bergambar...aku pun dah terpengaruh.
melayankan mereka buat rasa dahaga..dah la puasa. matahari tegak atas kepala..baru rasa ABC kedai Cik Kiah sgt sedap!! ahahhaha

Sampai je rumah..terus tido..wawawa. tahan dahaga punyer pasal.Alhamdulillah..akhirnyer berjaya tahan..

Saturday, August 6, 2011

Bazaar Ramadhan Teluk Intan 2011

Salah satu gerai yang menjual kuih jala berkuah durian..nyam..nyam..sedap kot!!

Muka-muka excited datang ke bazaar.

haaa..muka tension berbaris panjang semata-mata nak beli ayam percik.

oOo..itu Farah Aftina. kebetulan.

tadaaaa...

jeng jeng..itu dia juadah untuk saya berbuka...banyak tak??hehhehe

Habis sepetang membeli belah...last2 sampai rumah dah azan. :)

Friday, August 5, 2011

Baby KikOo 2

Yezza..dah dapat nama untuk baby yang comey dalam entri sebelum ni

NUR ARIANA BATRISYA


nama cantik seperti orgnya juge.

Baby KikOo


Hehehe...orang lain sibuk ke masjid (tarawikh), aku suka-suka update blog. Neway, baby nie sangat sangat comey. sampai aku teruja letak picture die kat entri aku malam ni.

Baby yang aku pun belum tahu namanyer. So, kite panggil Kikoo.hehhee

Kikoo baru lahir jam 6.49 pagi tadi...berat die 3.69kg sgt besar okay. Congrats to her mamu...dah jadi pakcik. weee...comey!!! hopefully besar nanti jadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Welcome to new world...

Thursday, August 4, 2011

5 Ramadhan

Assalamualaikum....

Bagai air yang mengalir deras..begitu juga masa yang berlalu dengan pantas. tup..tup..dah hari kelima kite semua berpuasa. Seperti biasa, aku tidak akan bersahur seperti hari-hari sebelum. Maka pukul 6.30 pagi dah bangun solat subuh dan melakukan rutin harian :-

1. Alamak..perkara paling malas. Berus lantai dan mop lantai. walaubagaimanapun, ini rutin harian yang perlu dilakukan..

2. Ampai baju...heh baju punya la banyak. seperti ada sepuluh org didalam rumah. padahal lima orang sahaja. penuh satu ampaian baju untuk 3 hari

3. Disebabkan manusia-manusia di rumah aku malas lipat kain..maka hanger adalah matlamat utama untuk ampai baju. kempen membeli hanger banyak :)

4. Dah selesai sume keje diatas...baru boleh on9. haa..ngadap la sampai waktu berbuke nanti. sape pun xleh bising..lallaa

adeh..petang nie mahu berbuke ape yer?? masih berfikir..masak atau beli jer juadah kat baazar.

Tuesday, August 2, 2011

Words Lyrics..the best song!!!

So romantic!!!




smile an ever lasting smile
a smile can bring you near to me
don't ever let me find you gone
'cause that would bring a tear to me
this world has lost its glory
let's start a brand new story
now my love
you think that I don't even mean
a single word I say

it's only words
and words are all I have
to take your heart away

talk in ever lasting words
and dedicate them all to me
and I will give you all my life
i'm here if you should call to me
you think that I don't even mean
a single word I say

it's only words
and words are all I have
to take your heart away

it's only words
and words are all I have
to take your heart away

da da da da da da da
da da da da da da da da da da
da da da da da da da
da da da da da da da da da da

this world has lost its glory
let's start a brand new story
now my love
you think that I don't even mean
a single word I say

it's only words
and words are all I have
to take your heart away

it's only words
and words are all I have
to take your heart away

it's only words
and words are all I have
to take your heart away 

RAMADHAN

Alhamdulillah sudah 3 hari kite berpuasa dan malam ini malam keempat kite bertarawikh...semoga ramadhan ini ibadah kite lebih baik dari tahun-tahun lepas. banyakkan berzikir..dah jika boleh habizkan baca al-quran.hehhee






hurmm..seperti gambar di atas, mungkin sebahagian dari kite akan jadi macam ni. itu baru jemaah lelaki..kalau perempuan macam nie pulak :-

berdasarkan pengalaman saya :

Makcik A : dik. cantik telekung, bli dimana??
Saya         : hurmm..org tgh baca doa la makcik
Makcik B : Saye punye beli di bukit tinggi Indon..anak y belikan
Makcik C : oOO...telekung saya nie dah bawa ke haji/umrah tahun lepas.
saye          : adeh makcik-makcik nie, nak dtg solat atau lawan telekung sape lagi bagus (dalam hati je la)

sekian...renung-renungkan dan selamat beramal :P