Wednesday, November 1, 2017

Antara Dia, Dia dan Dia

Assalamualaikum

Setelah hampir setahun, harini terasa nak menjengah semula blog yang dah usang. Disini tempat aku bercerita berkongsi segala berita gembira dan duka. Last time 2016 hanya sekali published, itu pun dh terlalu lama dan tiada content. Byk sgt cerita  nak dikongsikan tpseperti biasa tak tahu mana nak mula.

heee kite cerita kisah sedih  dulu laaa...

1. Masih lagi single, bercinta putus bercinta putus. Tak tahu mana salah dan silap mungkin kite tak secantik Erra Fazira ataupun Neelofa. Kalau ada yang serius pun suami orang. Takkan laaa nak merosakkan rumah tangga orang. Dan aku cukup memahami perasaan seorang perempuan. Maka teruskanlah menjadi single. hehehe

2. Hidup kalau tak berdepan dengan fitnah manusia bukan namanya MANUSIA. Macam macam mereka fitnah pada aku. Tetapi bila difikirkan semula, biarlah orang nk fitnah janji Allah itu tahu. Yang penting kite dengan Allah, Allah tahu dimana dan bila perlu menghukum. So stay positif je. Kite perlu ingat, terdengar satu dua fitnah dari mulut mulut longkang, masih ramai lagi yang menyayangi kite.

3. Sebut pasal PhD, yeah masih meneruskan pengajian. Malaysia Sydney Malaysia amat sukar bila perlu berulang alik, bahkan ditawarkan dengan gaji yang lumayan. Terpaksa diperlambatkan sedikit. Mak pun selau bertanya bila nak konvo...ape sahaje jawapan yang perlu diberikan. Stress bukan sebab nk cepat habiskan pengajian tetapi memikirkan bila masa aku terima PhD adakah emak masih ada bersama sama atau Allah memanggilnya kembali. Itu yang buat aku jadi sedih dan kadang kadang menangis.


Dah habis la kot cerita sedih yang besar, kite cerita part gembira pula

1. Dalam dua tahun ini, dah dua kali ke umrah dan baru baru ini sudah selesaikan rukun islam yang kelima iaitu mengerjakan haji 2017. Alhamdulillah,Allah memberi peluang dan rezeki yang tidak terhingga ini. Ya Amat bersyukur. Tambahan lagi aku mengerjakan haji bersama sama mak dan ayah. Perjalanan dan cerita sepanjang mengerjakan haji nanti kite buat post satu lagi. Terlalu panjang untuk dikongsikan pada post yang ini. Kesimpulan yang boleh dibuat semasa mengerjakan haji "Ada manis dalam kepahitan".

2. Aku sudah berkerja...semua yang dalam keadaan stabil. rumah, kewangan, kereta keluarga dan lain lain. Cuma dalam masa terdekat belum sempat buat saving yang byk. Ada haritu dh buat perbelanjaan semasa mengerjakan haji. Tapi tak mengapa la buat perkara baik dan dijemput ke rumah Allah. Bukan senang ya. walau ada duit ratusan ribu jika Allah beum menjemput, maka takkan dapat mengerjakan haji lagi.

Setakat ini dahulu rasanya untuk diupdated. kita sambung lain hari :) eh nak shared gambar terbaru sekeping dua.


Kita updated sekeping gambar bersama Setpol TPM. Sekarang dh gemok sikit dari gambar itu. hehehhee

Wednesday, May 18, 2016

Thursday, January 15, 2015

3D2N at KRABI

Hello...lama betul tak update blog..berhabuk bersawang. Sempena Tahun Baru, I nak berazam menulis blog semula.

Anggaran kasar percutian ke KRABI

Tiket bas airport/AoNang = RM30 (returns)
Tiket flight                        = RM150 (returns)
Hotel                                 = RM215 (2nights)
Motorbike rental               = RM20/24hours
Fuel                                   = RM6/litters
Island Hoping                   = RM75
Makan                               = RM60
TOTAL                            = RM556

DAY 1

Flight seawal 7 pagi, maka pukul 5.30 pagi  I dah terpacak di airport sementara menunggu Aimi. Tengok dalam wallet ada lagi MYR, pusing-pusing cari money changer. 3000THB = 330MYR. Duit Thai much more higher than our currency okeh! 

Sampai dalam pukul 7.20 pagi local time. Berbaris panjang kat immigration sebab dua kaunter je buke. Staff immigration macam selalu la...kerek tak senyum langsung. Turun dari escalator belah kanan ada kaunter tiket shuttle bus dan taxi. Kami terus beli tiket shuttle bus sebab lagi murah dari taxi untuk dua orang. Kalau korang pergi ramai better ambik taxi or van. Harga tiket bus dari airport ke Ao Nang 15MYR = 150THB manakala harga tiket taxi 60MYR = 600THB. Naik bas ambil masa sejam lima belas minit. Aircond bas tip top. Jangan tanyer naik taxi...sure la laju. dalam 30minit dah sampai kot. Masa naik bas, korang bagi tahu je driver mana korang stay..bas akan berhenti betul betul depan hotel. Bas gerak pukul 8.15 pagi ye.

I stayed kat iCheck Inn Hotel. Kami sampai dalam pukul 9.45 pagi gituh. Tudiaaa..panas hanya tuhan je tahu dengan perut lapar. Disebabkan waktu check in pukul 2 petang so, kami put our things at the lobby hotel dan terus cari kedai nak brunch. Waktu Malaysia hampir pukul 11 pagi dah oiiii. Dari hotel ke gerai makan ambik masa dalam sepuluh minit. Nampak banyak gerai belum buke. Kami pilih untuk lunch terus. I makan Tom Yam Kung dan Aimi makan Nasi Goreng daging kot. (Daging liat hahahaa). Tempat makan halal banyak..so korang tak perlu risau. Kami tak makan tempat mewah sekadar gerai tepi jalan tapi makanan sedap sampai menjilat jari. JANJI MURAH. Kemudian cari pakej ke island hoping untuk keesokan hari. Ada banyak pakej...so kami pilih yang paling femes. 4 island pakej instead of pakej Hong Island and Phi Phi Island. Harga 750THB selepas bargain. Harga sebenat 1000THB.

Selesai makan, kami terus ke tempat untuk rental motorbike. Alaa lupe nama tempat rental tu ..selepas bargain dengan RAK (nama org yang jaga tempat rental) dapat harga 20MYR = 200THB. Harga asal 250THB. Tadaaaaa boleh pilih mana mana motor..off course kami pilih motor yang comel dan berwarna pink.. hehhee. Dalam tank ada half fuel..nanti kena hantar half jugak, jangan nak ngelat. Lambat pulangkan denda 50THB/hour. RAK tak bagi kami helmet tapi untuk keselamatan kami minta. Sebenarnya tak perlu sangat helmet, buat susah nak bawa ke mana mana (leceh). Dah dapat motor..panjang sikit melangkah. TAK KENAL MAKA TAK CINTA itu pepatah...maka kami pun pusing pusing sekitar Ao Nang sementara menunggu pukul dua. Terasa lambat padahal dah habis pusing pusing. heeee Bayangkan tengah panas terik tu.

Menanti dan menanti sehingga pukul 2. Fuhhhh lega rasanya dah check in. masuk bilik terus ambik tuala dan mandi. Bilik cantik, kemas dan bersih facing jalan raya. Lepas mandi terus tidur. Bangun semula jam 5.30 petang. Mandi lagi kemudian keluar cari makanan untuk dinner. First day ni memang nak explore Ao Nang. Nampak banner ada full moon party..WOWW. Dah petang gerai gerai semua dah buke dan orang ramai giler. opss lupe..kami datang time peak seasons!!! Depan hotel ada gerai..saje cube banana choc pancake di situ. not bad la!! SEDAP. Habis makan, ambik motor dan pusing pusing lagi. Dari kawasan hotel ke area McD sampai la ke kawasan hotel mewah semua kami redah. Ingatkan nak tengok sunset kat HILLTOP tapi tak dapat disebabkan hal hal tertentu.. okeh next visit for sure. Kami balik hotel semula agak awal sebab kepenatan.

DAY 2

Bangun pagi mesti maw breakfast..tapi hotel tak banyak variety makanan. Maka makan apa yang ada je. Sebelum ke island hoping kena hantar motor yang disewa. tak perlu hantar pun just call tempat rental nanti die datang ambik motor yang di park kat hotel. untuk ke island hoping...agen akan fetch us kat hotel tunggu je di hotel..pukul 9 tepat agent sampai. kami naik van ke sana.

Sampai ke di tepi pantai kami diberi taklimat ringkas untuk ke island hoping. Satu boat boleh muat sehingga 25 orang. memandangkan kami ada dalam 39 org. maka satu boat ada 18 orang je. so tak crawded sangat la. Just nice orang kata. Ok kat sini nak bagi tahu korang. sebenarnya kami macam tertipu dek agen. harga pakej 4 island adalah 500THB kalau naik long tailed boat. dan 1000THB kalau naik speed boat. kami rugi sikit..bila naik long tailed boat je. Btw, boat tu ok je...cume lambat sampai ke 4 island. kalau naik speed boat kejap je la. so korang, sebelum booking tanyer dulu sama ada korang bayar untuk speed boat ataupun long tailed boat. sebab dua dua pun included lunch. Ohh lunch punye makanan sedap!!!!

Dari pukul 9 sampai pukul 3 petang kami mengelilingi 4 island. Pantai cantik, air clear biru dan bersih. Memang tak rugi la ke sini. Hati hati yer...ombak besar. Balik dari island hoping, mandi bersihkan diri...tido jap kemudian cari pancake lagik!! semua jenis pancake kami cube. semuanya berbaloi baloi. tak rugi. Harga pancake paling murah 30THB = 3MYR. Minum shake hari2...phewww

Pada sebelah malam kami jalan jalan di night market. Harga barang sama macam di Malaysia dan ada barang lebih mahal dari Malaysia. Pandai pandai la korang bargain. Shopping barang sikit kemudian makan pancake lagi. hahahah itu je la keje kami. Sebab rent motor sehari je...so malam kedua kami jalan kaki  sbb dekat. Dah survey hari pertama naik motor. Kalau korang banyak tenaga tak perlu kot nak rent motor tu. jimat 200THB.  Dalam pukul 9 lebih kami balik hotel. Pusing kiri pusing kanan tengok tengok tempat massage. Harus la massage kalau datang sini. Classic Thai Massage harga 250THB. Kalau Aroma oil massage 300THB sejam. Kemudian balik bilik tido laaa.

DAY 3

Ni hari last..pagi mandi swimming pool pastu breakfast. Breakfast tak sedap!!! hahaha tapi telan jugak. Kemudian pegi tourist infomation center dekat dengan hotel untuk book tiket bas ke airport pukul dua. Kemudian makannnnnnnnnnnnnn dan shopping!!! 

Pukul 2 gerak ke airport. Sampai KLIA2 pkl 8 malam. Tata..ada banyak lagi nak cerita dan nak upload gambar. Nanti ada masa I sambung ok :)


P/s: Hotel yang kami menginap agak mahal jugak sebenarnya. Depan hotel ni ada "88 hostel". search kat booking.com rate satu malam dalam 39MYR je sebab hostel.


Shima
Sydney, Australia







Tuesday, November 11, 2014

Ending of our stories and start the new history!!

AWAK...

Saya tak pernah paksa awak beri sebab dan alasan, walaupun hati ni meronta nak tahu. sebab saya tak mahu awak terbeban.

Saat awak "minta" saya berlalu *menitis airmata
Saya berlalu tanpa salahkan awak. Saya tahu cinta awak dan saya di mana...

Tipu kalau tak ada rasa kecewa. Tapi, Alahamdulillah dan terima kasih kerana Allah masih sudi menjentik rasa kecewa hati ni.

Rasa kecewa kerana berharap kepada manusia...dan pada ketika saya hanya berharap pada Allah, rasa kecewa tu tak akan ada.

Terima kasih awak kerana bagi saya satu pengalaman dan menjadi sejarah hidup #MRS


Regards,
Shima
Sydney, Australia

Thursday, January 30, 2014

Dilema V2

Hello hello

Buat kali kedua dapat offer further study kat oversea, kali ini kat Australia. Macam biasa sekadar test power, tapi dapat jugak. Apalah rezeki ini yang melimpah ruah. Mula macam malas nak buat proposal yang lain sangat dari fields asal. Tetapi sorang kawan yang belajar kat sana beria ria ajak study sama sama. hehehe

IELTS settle dah bulan December lepas. Sekarang tunggu result interview schorlarship dari JPA. Ingat senang temuduga itu?? macam macam soalan JPA suruh jawab..Inn Sha Allah ada rasa confident disitu.

Semalam..sembang dengan mak, cakap offer letter dah dapat cume tunggu result biasiswa. kalau dapat nak pergi taw. Skali mak cakap "heh..tak payah pergi la, kat Malaysia pun banyak Universiti hebat! Kalau pergi negara orang susah mak nak jengah dan jauh dari mak ". Glupsss tetibe rasa nak nangis. Selamba jawab balik " Tak kira nak pergi jugak...Malaysia tak best. tenang sikit kot kalau belajar jauh jauh. Dah bosan duduk kat Malaysia!" menjerit2 yooo. Lepas itu dua dua diam dan masuk bilik.

Dah malam... masa nk tido teringat ingat pertengkaran kecil tu. Punya la banyak berfikir sampai jadi dilema. Nak pergi ke tidak. Dalam hati memang nak sangat pergi...new environment, new people, dan segala gala baru. Rasanya tak ada apa apa komitmen yang menghalang further study!! Boyfriend??? Kerja??? ohh tidak sama sekali. Hanya masalah keluarga. TAPI TAPI..ada masa lagi kot nak berfikir sehingga minggu depan.

Kalau dapat dan mak tak bagi pergi..rasa macam nak buat penangguhan. Baca dalam lawan web, penangguhan boleh buat selama 2 semester. Pastu kena apply lagi :( pening la nak fikir...nampak simple tapi yang menanggung je tahu rasa tu. 


PERGI ATAU TIDAK???????????????




Wednesday, January 22, 2014

Tenang walau dikritik

Secara jujurnya tidak ada seorang pun mahu dikritik. Seseorang akan menganggap dirinya tidak bagus dan mungkin akna berasa malu jika kritikan dilemparkan kepadanya, malah cuba membetulkan kesalahannya.
Apa yang pasti, kritikan adalah lumrah perlakuan manusia apabila tidak bersetuju dengan cadangan dan tindakan seseorang.
Kebiasaanya apa yang dinama kritikan ialah ungkapan yang menghalang sesuatu tindakan yang sudah atau sedang diambil.
bagi yang tidak tabah & tidak tahan dengan kritikan dan hujan yang diterima pasti akan menyerah kalah & berundur.

MAKA TERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN BINA POSITIF DALAM DIRI