Wednesday, November 1, 2017

Antara Dia, Dia dan Dia

Assalamualaikum

Setelah hampir setahun, harini terasa nak menjengah semula blog yang dah usang. Disini tempat aku bercerita berkongsi segala berita gembira dan duka. Last time 2016 hanya sekali published, itu pun dh terlalu lama dan tiada content. Byk sgt cerita  nak dikongsikan tpseperti biasa tak tahu mana nak mula.

heee kite cerita kisah sedih  dulu laaa...

1. Masih lagi single, bercinta putus bercinta putus. Tak tahu mana salah dan silap mungkin kite tak secantik Erra Fazira ataupun Neelofa. Kalau ada yang serius pun suami orang. Takkan laaa nak merosakkan rumah tangga orang. Dan aku cukup memahami perasaan seorang perempuan. Maka teruskanlah menjadi single. hehehe

2. Hidup kalau tak berdepan dengan fitnah manusia bukan namanya MANUSIA. Macam macam mereka fitnah pada aku. Tetapi bila difikirkan semula, biarlah orang nk fitnah janji Allah itu tahu. Yang penting kite dengan Allah, Allah tahu dimana dan bila perlu menghukum. So stay positif je. Kite perlu ingat, terdengar satu dua fitnah dari mulut mulut longkang, masih ramai lagi yang menyayangi kite.

3. Sebut pasal PhD, yeah masih meneruskan pengajian. Malaysia Sydney Malaysia amat sukar bila perlu berulang alik, bahkan ditawarkan dengan gaji yang lumayan. Terpaksa diperlambatkan sedikit. Mak pun selau bertanya bila nak konvo...ape sahaje jawapan yang perlu diberikan. Stress bukan sebab nk cepat habiskan pengajian tetapi memikirkan bila masa aku terima PhD adakah emak masih ada bersama sama atau Allah memanggilnya kembali. Itu yang buat aku jadi sedih dan kadang kadang menangis.


Dah habis la kot cerita sedih yang besar, kite cerita part gembira pula

1. Dalam dua tahun ini, dah dua kali ke umrah dan baru baru ini sudah selesaikan rukun islam yang kelima iaitu mengerjakan haji 2017. Alhamdulillah,Allah memberi peluang dan rezeki yang tidak terhingga ini. Ya Amat bersyukur. Tambahan lagi aku mengerjakan haji bersama sama mak dan ayah. Perjalanan dan cerita sepanjang mengerjakan haji nanti kite buat post satu lagi. Terlalu panjang untuk dikongsikan pada post yang ini. Kesimpulan yang boleh dibuat semasa mengerjakan haji "Ada manis dalam kepahitan".

2. Aku sudah berkerja...semua yang dalam keadaan stabil. rumah, kewangan, kereta keluarga dan lain lain. Cuma dalam masa terdekat belum sempat buat saving yang byk. Ada haritu dh buat perbelanjaan semasa mengerjakan haji. Tapi tak mengapa la buat perkara baik dan dijemput ke rumah Allah. Bukan senang ya. walau ada duit ratusan ribu jika Allah beum menjemput, maka takkan dapat mengerjakan haji lagi.

Setakat ini dahulu rasanya untuk diupdated. kita sambung lain hari :) eh nak shared gambar terbaru sekeping dua.


Kita updated sekeping gambar bersama Setpol TPM. Sekarang dh gemok sikit dari gambar itu. hehehhee